‘Makcik Gelang Pink’ Dihukum Penjara 1 Hari, Denda RM8,000

Mahkamah Majistret Ipoh menjatuhkan hukuman penjara selama satu hari serta denda RM8,000 ke atas seorang wanita  yang juga dikenali sebagai ‘makcik bergelang pink’ kerana melanggar perintah kuarantin rumah.

Tertuduh, Nur Emah Mohamad Hashim, 72, membuat pengakuan bersalah  selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Nabihah Mohd Noor.


Nur Emah didapati tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah, 6 Julai lalu.

Gambarnya memakai gelang merah jambu, gelang yang dipakaikan pada pesakit di bawah pengawasan (PUS), sedang menikmati hidangan di sebuah medan selera tular di media sosial sebelum ini.

Advertisement

Nur Emah didakwa mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang membawa hukuman di bawah Seksyen 24 (a) akta yang sama.


Nur Emah sebelum ini diperintahkan untuk menjalani kuarantin 14 hari di rumah setelah pulang dari luar negara pada 4 Julai.

Individu yang menjalani kuarantin rumah wajib tinggal di rumah selama 14 hari dan mengambil ujian Covid-19 kedua pada hari ke-13.

Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar perintah kaarantin rumah.

Semalam, pemilik Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kubang Pasu yang dikaitkan dengan kluster Sivagangga yang telah menjangkiti ramai orang termasuk di negeri-negeri lain telah dijatuhi hukuman penjara lima bulan kerana melanggar perintah kuarantin rumah di bawah Seksyen 15 (1) Akta tersebut.

Advertisement

Orang ramai berulang kali diberi amaran kemungkinan hukuman penjara sekiranya mereka tidak mematuhi perintah kaurantin yang dikenakan ke atas mereka. -MalaysiaKini

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

4 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

8 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

13 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago