Connect with us

Terkini

Kanak-Kanak Dilaporkan Maut Selepas Ambulans Dipercayai Dihalang & Diajak Berlumba

Seorang pesakit kanak-kanak dilaporkan maut dipercayai kerana ambulans dinaikinya terlewat tiba ke hospital. Hal ini dipercayai susulan tindakan seorang pengguna jalan raya yang enggan memberi laluan kepada ambulans berkenaan.



Dalam kejadian di Kabupaten Garut, Jawa Barat, seorang individu dipercayai pemandu ambulans tersebut menceritakan semula bagaimana kenderaan mereka dihalang individu berkenaan.

Kongsi Fauzi, seperti dipetik Kompas.com, pemandu kereta berkenaan sengaja menghalang ambulans dipandunya selain ‘mengajak’ mereka berlumba.

Susulan itu, ambulans itu dikatakan tidak dapat memintas kenderaan lain sehingga beberapa kilometer sebelum tiba ke hospital. Sebaik tiba di hospital, pesakit yang dibawa dilaporkan telah meninggal dunia.

Advertisement


“Untuk kereta yang menghalang ambulans, tidak memberi jalan malah mengajak berlumba, pesakit yang pecah pembuluh darahnya harus mendapatkan (rawatan) kecemasan.

“Pesakit anak kecil, sampai hospital meninggal dunia. Ambulans hanya minta waktu sebentar sahaja untuk ke tepi kerana ada pesakit yang harus diselamatkan.

“Dan untuk pemandu lain terima kasih kerana memberikan jalan,” tulis Fauzi di laman FB miliknya.

Sebelum ini, seorang bayi dilaporkan meninggal dunia di dalam kandungan apabila ambulans dinaiki ibunya tersekat di dalam sekatan jalan raya di Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

ambulans
Kredit: Facebook

Sumber: Kompas.comFauzi, SiakapKeli

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel