Connect with us

Terkini

Wanita Ditahan, Dua Tahun Pasang Jalur Gemilang Terbalik Di Sebuah Premis Di Kluang, Johor

Sebuah premis perniagaan di Jalan Lee Ah Leng, Taman Nasib, Kluang di sini dilaporkan memasang bendera Malaysia secara terbalik sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan ke premis berkenaan dibuat ekoran satu laporan awam diterima pada 16 Ogos kelmarin.



“Hasil siasatan mendapati premis ini menjalankan perniagaan kedai makan sejak tahun 2017 hingga hujung Disember 2019 dan mulai Januari 2020 premis ini tidak lagi beroperasi.

“Pemasangan bendera terbalik ini adalah sejak premis beroperasi iaitu pada tahun 2017 sehingga aduan dibuat oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Sehubungan itu, sehelai bendera Malaysia milik premis berkenaan dirampas dan seorang suspek perempuan berusia lingkungan 55 tahun turut ditahan.

Suspek akan didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2017 dan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali, sekiranya disabit kesalahan.


“Polis Johor menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada jika masih terkesan perbuatan sebegini,” tambah kenyataan itu lagi.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan Kontinjen Johor di talian 07-2254074.

Advertisement

Sumber: Polis Johor, SiakapKeli

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel