Connect with us

Mahkamah

Mahkamah Tolak Permohonan Rosmah Dapatkan Surat Pelantikan Sri Ram

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan surat pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam perbicaraan kes rasuahnya berkaitan pembekalan dan pemasangan sistem tenaga solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati isteri bekas perdana menteri itu tidak memberikan sebarang justifikasi untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram.



Apa yang lebih penting menurut Mohamed Zaini ialah Rosmah tidak memberikan sebarang alasan asas untuk menegaskan di bawah undang-undang beliau berhak untuk meminta satu salinan surat pelantikan itu.

Rosmah, 68 berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.

Advertisement

Suapan itu didakwa diterima menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor, sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Suria Fotovolta (PV) Hibrid serta penyelenggaraan dan operasi genset/diesel, untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1. 25 bilion dari Kementerian Pendidikan, secara rundingan terus.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; Kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 hingga September 2017.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel