Connect with us

Pilihan Editor

Surat Sokongan Bukan Jaminan Dapat Jawatan – Ismail Sabri

TANJUNG MALIM – Pemberian sokongan termasuk menandatangani surat permohonan bukan jaminan untuk seseorang individu mendapat jawatan dalam mana-mana organisasi, tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata keputusan untuk melantik individu untuk mana-mana jawatan dalam organisasi adalah hak organisasi terbabit.



“Macam-macam orang datang minta sokongan daripada saya dan saya akan sokong. Sokongan bukan bermakna (permohonan) dipenuhi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Slim River di Felda Besout 2 dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai sokongan beliau terhadap surat permohonan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz agar anaknya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat farmaseutikal yang tular sejak semalam.

Advertisement

Ismail Sabri berkata beliau menyokong permohonan itu kerana anak timbalan menteri terbabit merupakan seorang graduan dalam bidang kejuruteraan awam dan peniaga yang berjaya, seterusnya berpotensi membantu syarikat farmaseutikal berkenaan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata walaupun permohonan itu mendapat sokongan beliau, namun difahamkan pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai pemilik syarikat farmaseutikal tersebut tidak melantik anak timbalan menteri berkenaan.

“Saya tidak campur tangan daripada segi pelantikan. Itu kuasa LTAT, jadi surat (permohonan sokongan) setakat surat,” katanya.

Beliau turut memuji timbalannya kerana tidak menyalahgunakan kuasa dengan secara terus mengajukan surat permohonan pelantikan anak beliau kepada LTAT.

Advertisement

“Dia (timbalan menteri) tak perlu hantar kepada saya (surat permohonan sokongan), dia boleh terus (hantar) kepada pengerusi syarikat kerana pelantikan ahli lembaga pengarah adalah daripada pihak LTAT sendiri,” katanya.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel