Connect with us

Hiburan

Terkena Renjatan Pemanas Air, Pemain Gitar Eddy Malmsteen & Kakak Maut

KUALA LUMPUR – Gitaris profesional, Eddy Wan Othman meninggal dunia tengah malam tadi disebabkan terkena renjatan elektrik.

Berita mendukacitakan itu dimaklumkan oleh abangnya, Wan Razmie Wan Othman menerusi Facebook miliknya.



“Dukacita dimaklumkan bahawa kedua adinda saya, Wan Zunira  dan Eddy Wan Othman sudah berpindah alam menghadap Ilahi malam tadi (Sabtu).

Wan Razmie berkata, kejadian berlaku ketika adiknya (Wan Zunira) memandikan anaknya.

Advertisement

“Perginya seorang ibu ketika sedang menyempurnakan tugasan terakhir beliau memandikan anaknya.

“Perginya seorang adik (Eddy) kerana berusaha menyelamatkan kakak dan anak buah yang sedang dalam (kena) renjatan elektrik.


“Semoga keduamu pergi sebagai syahid dan syuhada. Berehatlah kedua adikku. Tugasan kalian di dunia dah berakhir. Semoga Allah menerima kebaikan kamu berdua,” tulisnya.

Eddy atau lebih dikenali sebagai Eddy Malmsteen sering mengiringi persembahan artis-artis popular antaranya Datuk Hattan, Joey BPR dan ramai lagi.

Berita kematiannya mengejutkan ramai penggiat seni antaranya Datuk Hattan, To’ki, Joey BPR, Along Exists dan Uchop Ahmad yang memuat naik ucapan takziah di Facebook masing-masing. – K! ONLINE

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel