Kerajaan Tidak Perlu Beri Alasan Rang Undang-Undang Ditarik Balik – Takiyuddin

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa kerajaan tidak perlu memberi sebarang sebab dan alasan mengenai penarikan balik Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) berkaitan perjawatan Perdana Menteri.

Takiyuddin berkata di bawah Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, jelas menyatakan ahli yang menjaga sesuatu rang undang-undang boleh berdiri di tempatnya dan minta menarik balik rang undang-undang itu.


“…atau hendak menangguhkan ke peringkat satu lagi rang undang-undang itu sama ada sebelum dimulakan urusan mesyuarat atau apabila sampai kepada rang undang-undang itu di dalam aturan urusan mesyuarat.

“Tidak ada dinyatakan bahawa apabila kerajaan ingin menarik balik satu-satu rang undang-undang perlu diberikan sebab kenapa ia perlu ditarik balik,” katanya menjawab usul yang dibangkitkan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai perkara itu selepas sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Advertisement

Takiyuddin berkata bahawa keputusan cadangan pindaan Perlembagaan itu dibawa oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk bacaan kali pertama pada 3 Dis 2019.

“Cadangan pindaan kepada Perlembagaan itu telah dibawa oleh kerajaan Pakatan Harapan sehingga  bacaan kali pertama (3 Dis 2019) … oleh perdana menteri yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan 22 bulan,” katanya.

Namun, melalui pindaan yang dicadangkan itu, seseorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik sebagai perdana menteri bagi tempoh dua penggal, katanya.

Beliau menjelaskan demikian susulan usul yang dibawa Sim mengenai Peraturan Mesyuarat 14 yang mahu Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Mohd Rashid Hasnon, meminta menteri memberi penjelasan mengenai penarikan semula rang undang-undang berkenaan.


Semalam, Takiyuddin menarik balik rang undang-undang itu daripada dibentang untuk bacaan kali kedua dan ia dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, selepas sesi soal jawab persidangan.

Advertisement

Pindaan Perlembagaan Fasal 2 itu bertujuan menggantikan perenggan (a) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan peruntukan bagi kriteria tambahan berhubung kelayakan ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Melalui pindaan yang dicadangkan itu, seseorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri jika pernah memegang jawatan Perdana Menteri bagi tempoh dua penggal Parlimen.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

3 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

7 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

12 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago