Penyerang Masjid Di Christchurch Dihukum Penjara Seumur Hidup Tanpa Parol

 355 total views,  1 views today

MOSCOW — Penembak Christchurch yang membunuh 51 individu pada 2019 dalam serangan ke atas dua masjid di New Zealand, Brenton Tarrant, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, lapor agensi berita Sputnik memetik akhbar Herald.



Menurut akhbar berkenaan, hukuman diputuskan mahkamah itu adalah yang pertama dalam sejarah negara.

Pada 15 Mac 2019, New Zealand digemparkan dengan dua insiden tembakan besar-besaran di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch.

Tragedi itu menyebabkan 51 terkorban dan 50 yang lain cedera.


Penyerang, berasal dari Australia berusia 28 tahun, melakukan pembunuhan yang turut disiarkan secara langsung di Facebook, dan video itu kemudian turut tular di platform dalam talian yang lain.

— BERNAMA