“Pub & Bar Belum Beroperasi, Kalau Tak Buka Selama-Lamanya Pun Tak Apa” – Gurau PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 10 asas penting dikenal pasti sebagai hala tuju Perikatan Nasional (PN) untuk tempoh akan datang termasuk meletakkan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 sebagai paksi dasar dan program ekonominya.

Perdana Menteri berkata selain itu, hala tuju ini turut merangkumi perhatian ke arah memulih dan merancakkan semula ekonomi negara pasca C0VlD-19 menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).


“Kerajaan PN juga akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Agenda Bumiputera sebagai agenda nasional.

“Tumpuan juga akan diberikan kepada usaha pendigitalan Malaysia menerusi pelaksanaan Pelan Tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya berucap sebelum menutup Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN di sini hari ini.

Advertisement

Konvensyen anjuran Pertubuhan Intelektual Negara itu turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perdana menteri berkata kerajaan juga akan memberi fokus kepada jaminan makanan, usaha membanteras rasuah menerusi pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Nasional dan reformasi dalam sektor kesihatan.


Selain itu, katanya, asas penting lain yang dikenal pasti akan diberi keutamaan termasuk bidang pendidikan, aspek keselamatan dan ketenteraman awam serta perpaduan kaum dan keharmonian antara masyarakat berbilang agama.

“Saya terima jawatan Perdana Menteri dengan menggalas amanah rakyat di bahu saya. Saya bertanggungjawab kepada rakyat. Menteri-Menteri yang saya lantik juga bertanggungjawab kepada rakyat. Jika kami gagal memikul amanah kepada rakyat dengan baik, kami akan dipersoalkan oleh rakyat.

“Sebab itu, kerajaan Perikatan Nasional sebaik saja dibentuk terus berfungsi sebagai kerajaan yang bekerja siang dan malam untuk membela rakyat. Kami tiada masa untuk berbulan madu sebagai kerajaan baharu,” katanya.

Advertisement

Bagaimanapun, perdana menteri menyerahkan kepada rakyat untuk menilai prestasi PN selama enam bulan mentadbir negara.

“Ya, saya telah melakukan sebaik mungkin untuk melunaskan tanggungjawab saya kepada rakyat. Tetapi bukanlah hak saya untuk mengatakan sama ada saya telah melakukan yang terbaik. Rakyatlah yang paling berhak untuk menilai,” katanya.

Dalam perkembangan lain, menyentuh mengenai pandemik C0VlD-19, beliau berkata ekonomi negara semakin menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas hampir semua sektor ekonomi dibuka.

“Yang tak buka hanyalah kelab-kelab malam, pvb, itu menurut saya kalau tak buka selama-lamanya pun tak apa (gurau). Kerana (di tempat itu) susah nak mengamalkan penjarakan sosial,” katanya berseloroh diikuti dengan gelak tawa hadirin.

— BERNAMA

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

14 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

15 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago