Kilang Terbabit Cemar Sungai Akan Diroboh, Pengusaha Diarah Pulih Tanah

FKUALA LUMPUR – Kilang yang terbabit dalam insiden pencemaran air di Sungai Gong, Rawang sehingga menyebabkan lebih 1.2 juta pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air akan dirobohkan selain pengusaha diarah memulihkan tanah di situ.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata arahan itu terkandung dalam Notis Pelanggaran Syarat (7A) yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak kepada pengusaha kilang terbabit Isnin ini.

“Pemilik tanah terbabit mengusahakan bengkel membaiki jentera berat. Kita arahkan pemilik untuk pulihkan tanah, roboh bangunan dan henti operasi.

“Kita akan tutup kawasan itu selama tiga hingga empat bulan untuk pastikan tempat berkenaan selamat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pelaporan Penuh Situasi Semasa Berhubung Isu Pencemaran Air di Ibu Pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), di sini hari ini.

Advertisement


Amirudin juga mendedahkan kilang berkenaan telah diberi notis henti operasi pada Mac lepas namun pemiliknya berdegil dan kembali memulakan operasi pada Jun lalu.

Bagi memastikan insiden sedemikian tidak berulang, Amirudin berkata kerajaan negeri akan meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 bagi menaikkan denda maksimum daripada RM500,000 kepada RM1 juta terhadap mana-mana individu atau premis yang terbukti menyebabkan pencemaran sumber air di Selangor.

“Kita akan bentangkan pindaan ini pada persidangan dewan undangan negeri akan datang. Pada masa sama kita harap Kementerian Alam Sekitar dan Air dapat meminda akta berkaitan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata pihak yang bertanggungjawab terhadap pencemaran itu akan didakwa minggu depan.

Sementara itu, Amirudin berkata Air Selangor menjangkakan bekalan air ke kawasan terjejas pulih sepenuhnya pada 6 pagi Rabu ini.

Advertisement

Beliau turut menasihati pengguna yang kini telah menerima bekalan, agar tidak terburu-buru menadah dan menyimpan air yang boleh menyebabkan tekanan air rendah, sekali gus mengganggu proses pemulihan bekalan air.

— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

19 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

21 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago