Connect with us

Pilihan Editor

Osman Sapian Masih Ahli Bersatu, Kata Setiausaha Agung

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian masih kekal sebagai ahli Bersatu, kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.



Beliau berkata buat masa ini, Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini, dan belum lagi dikenakan sebarang tindakan.

“Kalau dia mengaku cross the floor ( menyertai parti lain), makanya keahlian terhenti. Buat masa ini, dia bukan cross the floor. Jadi dia akan dipanggil untuk membantu siasatan. Biasanya siasatan akan ambil masa,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Media mendakwa sewaktu PRK DUN Slim, Osman turun berkempen membantu calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili kem bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas pengerusi Bersatu.

Advertisement


Sementara itu, Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas ketika dihubungi turut senada dengan Hamzah dan berkata pihaknya akan memanggil Osman untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tuduhan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Penjelasan oleh Hamzah dan Megat Najmuddin itu susulan laporan media hari ini yang menyebut keahlian Osman terhenti secara automatik selepas didapati melanggar Perkara 10.2.3 perlembagaan parti iaitu membantu kempen parti lawan.

Di JOHOR BAHRU, Osman berkata beliau belum menerima surat rasmi setakat ini berhubung pelucutan keahliannya seperti didakwa.

“Tiada surat rasmi. Itu portal punya kerja,” kata Osman yang juga ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam kepada Bernama ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan Lembaga Disiplin Bersatu hari ini sudah melucutkan keahliannya atas dakwaan membantu dalam kempen Amir Khusyairi.

Advertisement

Baru-baru ini, tular video yang menunjukkan Osman  dilihat sedang berucap seraya berkempen di Slim seolah-olah menandakan sokongan beliau terhadap Amir Khusyairi.

Bagaimanapun, Osman telah menegaskan kehadirannya di Slim adalah sekadar untuk bertemu rakan lama sambil makan angin dan tiada kaitan dengan politik.

Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Johor Mazlan Bujang ketika dihubungi menjelaskan isu “pelucutan keahlian” tersebut timbul daripada salah faham pemberita portal tersebut.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel