Connect with us

Mahkamah

1MDB: Saksi Ke-10 Tidak Dapat Beri Keterangan Hari Ini

FotoKUALA LUMPUR – Saksi ke-10 pihak pendakwaan yang dijadual memberi keterangan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, tidak dapat berbuat demikian selepas pihak pembelaan membantah kenyataan saksi itu yang dianggap sebagai “dengar cakap”.

Peguam utama pihak pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah bahawa daripada 118 muka surat kenyataan saksi Mohd Hazem Abdul Rahman, 24 daripadanya adalah ‘dengar cakap’ semata-mata.



Pihak pembelaan hari ini mengemukakan kepada mahkamah kenyataan saksi, dengan merujuk kepada beberapa perenggan yang dimaksudkan, yang ditandakan dengan warna kuning, yang menurutnya “seharusnya diketepikan”.

Mohd Hazem yang dijadualkan memberikan kenyataannya hari ini telah menyertai 1MDB sebagai ketua pegawai operasi (COO) pada bulan Ogos 2012, sebelum menggantikan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi sebagai ketua pegawai eksekutif pada 2013.

Advertisement

Muhammad Shafee dalam permohonan lisan memetik beberapa baris dalam kenyataan saksi Mohd Hazem yang menggariskan bahawa ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low telah memberitahu beliau (Mohd Hazem) bahawa dana kekayaan berdaulat itu dibangunkan bagi mentadbir urusan dana ke dalam UMNO.


“Bukti di sini semua adalah ‘dengar cakap’, mungkin satu atau dua baris adalah 50 – 50. Jika kita tanya bagaimana dia tahu perkara ini benar, saksi akan kata ïni adalah apa yang diberitahu oleh Jho Low kepada saya, apa kata anda soal dia?”

“Tapi kita tidak boleh tanya Jho Low kerana dia tiada di sini,” menurut peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Akram Gharib membantah permohonan itu dengan mengatakan bahawa perkara yang sama seharusnya dibangkitkan semasa kenyataan dibuat oleh Shahrol Azral, yang didakwa oleh pihak pendakwaan sebagai ‘dengar cakap’.

“Untuk membaca kenyataan saksi bukanlah ‘dengar cakap’ semata-mata. Perkara ini adalah untuk menunjukkan bahawa penyalahgunaan kuasa oleh tertuduh, sebagaimana yang telah digambarkan kepada saksi oleh Jho Low.

Advertisement

“Semua bahagian yang dibangkitkan dalam kenyataan saksi berikutnya ini, bukanlah ‘dengar cakap’ dan boleh diterima di bawah Seksyen 6 Akta Bukti. Ini adalah cara saksi menceritakan kenyataan mereka.

“Akhirnya dalam merungkai naratif keterangan mereka, mereka perlu menyatakan mengapa mereka melakukan apa yang telah dilakukan,” kata Ahmad Akram.

Hakim Collin Lawrence Sequerah yang mendengar kes berkenaan kemudiannya memutuskan beliau memerlukan masa untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

Beliau dijangka membuat keputusan mengenainya apabila perbicaraan bersambung tengah hari esok.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Advertisement

Perbicaraan bersambung Isnin.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel