Connect with us

Terkini

Azmin Dan Zuraida Dilantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin antara enam yang dilantik menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu 2019-2022 dengan pelantikan mereka dibuat oleh Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat MPT semalam.

Bersatu yang baru selesai mengadakan pemilihan parti turut melantik semula Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Setiausaha Agung parti.



Turut dilantik semula ialah Datuk Mohamed Salleh Bajuri sebagai Bendahari, manakala Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Wan Saiful Wan Jan dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Menteri Kanan Pendidikan Senator Dr Radzi Jidin, kata Bersatu dalam kenyataan hari in.

Selain Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bersatu turut melantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menganggotai MPT.

Advertisement

Tiga lagi ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari dan Dr Muhammad Faiz Na’aman.

Selain itu, mesyuarat turut melantik Ketua dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) yang menyaksikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai ketua bagi negeri Perak dan Pahang.

“Mesyuarat MPT juga bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dipengerusikan Datuk Mas Ermieyati Samsudin bagi tujuan meneliti dan mengkaji Perlembagaan Bersatu,”  demikian menurut kenyataan itu.

Berikut merupakan senarai Ketua dan Timbalan Ketua BPN Bersatu:

Perlis

Advertisement

Ketua: Datuk Seri Hamzah Zainudin

 

Kedah

Ketua: Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah

Timbalan Ketua: Mohd Taufiq Yaacob

Advertisement

 

Perak

Ketua: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Timbalan Ketua: Mohader Ahmad Mohd Ayob

 

Advertisement

Pulau Pinang

Ketua: Datuk Shabudin Yahaya

Timbalan Ketua: Zulkefli Bakar

 

Selangor

Advertisement

Ketua: Datuk Abdul Rashid Asari

 

Wilayah Persekutuan

Ketua: Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya

 

Advertisement

Negeri Sembilan

Ketua: Datuk Eddin Syazlee Shith

 

Melaka

Ketua: Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen

Advertisement

Timbalan Ketua: Dr Mohd Yadzil Yaakub

 

Pahang

Ketua: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Timbalan Ketua: Mohd Yazid Yunus

Advertisement

 

Kelantan

Ketua: Datuk Kamarudin Md Nor

 

Terengganu

Advertisement

Ketua: Senator Datuk Razali Idris

Timbalan Ketua: Datuk Rosol Wahid

 

Johor

Ketua: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Advertisement

 

Sabah

Ketua: Datuk Seri Hajiji Mohd Noor

Timbalan Ketua: Datuk Seri Masidi Manjun

 

Advertisement

Sarawak

Ketua: Jaziri Alkaf Abdillah Suffian

Timbalan Ketua: Datuk Joham Mohamad

 

Selain itu, mesyuarat turut melantik pengerusi bagi lapan Biro Bersatu iaitu:

Advertisement

 

Biro Politik: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Biro Pengurusan: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Biro Pilihan Raya dan Kajian: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Biro Latihan dan Perkaderan: Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin

Advertisement

Biro Penambahan Ahli dan Cawangan: Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen

Biro Agama: Datuk Shabudin Yahaya

Biro Ekonomi: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Biro Antarabangsa: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

— BERNAMA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel