Connect with us

Terkini

Majlis Senator Gesa Zahidi Dirujuk Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

KUALA LUMPUR – Majlis Senator Malaysia hari ini menggesa Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara.

Setiausaha Kehormat Majlis Senator Malaysia Raj Munni Sabu berkata ia bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung tindakannya yang didakwa memberikan jawapan tidak benar semasa persidangan Dewan Negara pada Khamis lepas berhubung manfaat program merapatkan jurang digital kerajaan di Sabah dan negeri lain.

“Beliau gagal fokus untuk memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Sebaliknya, memberikan tumpuan kepada contoh yang dikemukakan oleh Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang menceritakan tentang perihal kepayahan pelajar di pedalaman Sabah Veveonah Mosibin dalam mendapatkan capaian internet semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Advertisement

“Zahidi telah menuduh Veveonah sebagai menipu apabila pelajar itu memaklumkan beliau terpaksa berada di atas pokok selama 24 jam untuk mendapatkan sambungan internet bagi menduduki peperiksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raj Munni berkata walaupun Zahidi telah memohon maaf menerusi akaun Facebooknya, namun perkara itu telah mendatangkan kesan buruk dan negatif terhadap pelajar itu dan keluarganya serta menjadi mangsa buli siber ekoran kenyataan yang silap itu.


“Oleh itu timbalan menteri berkenaan perlu segera dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara bagi membolehkan jawatankuasa itu memutuskan sama ada benar dakwaan Zahidi yang mengatakan beliau mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan itu,” katanya.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel