Connect with us

Mahkamah

Tolak Rayuan 33 Adun: Diharap Semua Pihak Terima Keputusan Mahkamah – Shafie Apdal

KOTA KINABALU – Semua pihak di Sabah diharap menerima keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menolak rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.



“Dengan keputusan itu, rakyat Sabah akan menjalankan tanggungjawab untuk memutuskan siapa yang boleh mentadbir negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah,” katanya menerusi kenyataan video di sini, hari ini.

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan dikemukakan 33 ADUN berkenaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN pada 30 Julai.

Mahkamah Rayuan turut menolak permohonan 33 ADUN berkenaan bagi penangguhan pelaksanaan keputusan hari ini sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Advertisement


Pada 17 Ogos, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan semakan kehakiman 33 ADUN berkenaan bagi membatalkan permohonan Mohd Shafie kepada Tun Juhar untuk membubarkan DUN; membatalkan pengisytiharan pembubaran DUN; dan membatalkan notis pewartaan kerajaan negeri Sabah berhubung pembubaran itu.

Kesemua 33 wakil rakyat itu mendakwa pada 29 Julai bahawa mereka mempunyai majoriti dalam DUN dan mahu Tun Juhar membenarkan mereka mengangkat sumpah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu, sekali gus menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Mohd Shafie.

Mohd Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna dan penyandang kerusi DUN Senallang, mendahului tindakan Musa itu dengan menasihatkan Tun Juhar untuk membubarkan DUN yang ketika itu mempunyai 65 ahli, 60 dipilih dan lima dilantik.

Berikutan keputusan itu, pilihan raya negeri akan berlangsung seperti dijadual. Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) menetapkan 12 Sept bagi penamaan calon dan pengundian pada 26 Sept.

— BERNAMA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel