Connect with us

Mahkamah

Pencemaran Bau Sungai Gong: Reman Empat Pengurus Kilang Disambung Lima Hari Lagi

KUALA LUMPUR – Tempoh tahanan reman terhadap empat pengurus kilang yang merupakan adik-beradik berhubung siasatan kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang disambung lima hari lagi.

Perintah lanjutan tahanan reman yang bermula esok itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan di Mahkamah Majistret Selayang ke atas kesemua suspek lelaki berumur dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun sehingga 15 Sept ini.



Terdahulu, kesemua mereka dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang pada 9.15 pagi. Mereka sebelum ini ditahan reman selama enam hari sejak Sabtu lepas.

Di mahkamah sama, seorang lagi pekerja lelaki sebuah kilang berusia 30-an direman enam hari berhubung siasatan kes yang sama bermula hari ini selepas ditangkap di Gombak, semalam.

Advertisement

Kesemua mereka ditahan reman bagi siasatan kes mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan melakukan khianat dengan mendatangkan bencana terhadap perjalanan tali air sehingga menyebabkan susut bekalan air kepada manusia dan haiwan.


Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada Isnin lepas, dua pekerja lelaki sebuah kilang direman enam hari mulai 7 Sept berhubung kejadian sama.

Ekoran pencemaran minyak dari kilang itu pada Khamis lepas, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

— BERNAMA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel