Wednesday, December 10, 2025

Bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne Meninggal Dunia

September 11, 2020
1 min read

Awal pagi ini kita dikejutkan dengan berita penyanyi dan juga peserta rancangan program realiti Big Stage Musim 3, Sandra Dianne musim ketiga dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya.

Maklumat tersebut diumumkan rakan artis, Sufie Rashid menerusi akaun Instagramnya malam tadi.



“Assalamualaikum semua, minta sedekahkan Al-Fatihah untuk @sandradianneofficial yang telah meninggalkan kita.

“Selamat pulang ke Rahmatullah sahabatku. You’re good friend with a beautiful heart.

“Thank you sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana..innalillahi wa inna ilaihi rojiun,” katanya kenyataan tersebut.


Sebelum itu, arwah atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), baru-baru ini.


Sumber: Sufie Rashid

HANGAT MINGGU INI

Pempengaruh Danny Evans Dilapor Buta Sebelah Mata, Netizen Titip Doa & Sokongan

KUALA LUMPUR – Tular di laman sosial selepas pengguna TikTok, Nurnasha, berkongsi

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia di Rumah

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran tanah air, Dharma Harun Al Rashid, 69,