Connect with us

Terkini

Kes Baharu COVID-19 Kembali Tiga Digit Meningkat Kepada 182 Kes, Didominasi Kes Tempatan Dengan 181 Kes

Hari ini kes baru Covid-19 kembali meningkat kepada tiga digit iaitu 182 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini merupakan jumlah kes baru tertinggi yang dilaporkan dalam satu hari sejak perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dilaksanakan pada 10 Jun, melebihi rekod yang dicatat hanya tiga hari yang lalu iaitu 100 kes baru pada 8 September.



Melalui ciapan di akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 14 kes telah pulih.

Advertisement

Menerusi perkongsian tersebut, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 9,181 kes secara keseluruhannya.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga memaklumkan bahawa terdapat 182 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (11 September 2020).


182 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 9,810 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang dilaporkan pula adalah sebanyak 501 kes.

182 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 9,810 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang dilaporkan pula adalah sebanyak 501 kes.

Menerusi maklumat tersebut juga, daripada 182 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, terdapat 1 kes import manakala 181 kes lagi adalah penularan tempatan.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel