Connect with us

Terkini

Akhirnya, Musa Bersuara – Minta Rakyat Sabah Jaga Diri

Bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman meminta rakyat negeri itu supaya terus menjaga diri dalam keadaan selamat selepas hilang dari radar politik Sabah susulan tindakan tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga.



Penyandang kerusi itu sejak 1994, Musa, selaku tokoh politik Umno negeri itu, tidak mengemukakan borang pencalonan pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hari ini.

Pencetus kepada pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai lalu, Musa tidak kelihatan di mana-mana pusat penamaan calon yang dibuka sejam mulai jam 9 pagi.

“Jaga diri semua, semoga sentiasa dalam keadaan selamat,” kata Musa yang tidak menyerahkan borang pencalonannya sejurus pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila ditutup, dalam ciapannya hari ini.

Advertisement

Untuk rekod, Musa dalam ciapannya pada 9 Sept telah menulis: ”Saya akan kembali ke Sungai Manila” namun tiada kelibatnya pada kerusi baharu dalam Parlimen Libaran tersebut.

Seorang pegawainya, yang tidak mahu dikenali, memaklumkan kepada Bernama bahawa bekas ketua menteri berusia 69 tahun itu tidak bercadang untuk membuat sebarang sidang media setakat berita ini ditulis.

PRN ke-16 ini diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, 30 Julai lalu, sehari selepas Musa mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel