Connect with us

Terkini

“Ambil Je, Percuma Tak Kira Agama Atau Bangsa”, Ustaz Ebit Lew Sediakan “Food Bank” Pula Untuk Yang Memerlukan

Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew kini telah berjaya membuka 10 cawangan pasar mini Elewsmart di sekitar Lembah Klang, Selangor.

Terkenal dengan sifat suka membantu insan-insan yang memerlukan, kali ini Ustaz Ebit Lew membuka pula FoodBank di setiap cawangan berkenaan.



Menerusi perkongsian olehnya, FoodBank tersebut dikhaskan buat individu yang memerlukan, tanpa mengira bangsa dan agama.

Doakan yer. FoodBank di semua cawangan Elewsmart ini menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu.

Advertisement

Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka Elewsmart. Ingin cawangan Elewsmart di setiap tempat. Di setiap Elewsmart ada FoodBank.” Jelas Ustaz Ebit Lew.

Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Percuma jer. Tanpa mengira bangsa dan agama.

Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari Elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini.


Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah.

Pernah sekali masa kerja orang selit RM2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi.

Advertisement

Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu

Semoga Allah permudahkan semuanya.

-Ebitlew
Saudaraku disebalik ujian ada rahmat
FoodBank
Take What You Need
Give What You Can

“Ambil apa yang perlu, beri apa yang mampu.”

Berikut merupakan 10 cawangan Elewsmart yang boleh anda kunjungi.

Advertisement
  1. Bandar Baru Bangi
  2. Kajang
  3. Cyberjaya
  4. Sg. Buloh
  5. Balakong Cheras
  6. Shah Alam
  7. Damansara
  8. Prima Gombak
  9. Gombak Traders
  10. Subang Perdana

Sumber: Ustaz Ebit Lew

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel