Connect with us

Terkini

‘Parti Syed Saddiq Pecahkan Undi Terutama Melayu’ – Tun M

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa parti anak muda yang akan ditubuhkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan memecahkan sokongan pengundi terutama dalam kalangan orang Melayu.



Menerusi wawancara dengan Malaysiakini, bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, kewujudan lebih banyak parti hanya akan menyebabkan berlaku pertembungan sesama sendiri yang akhirnya akan menyebabkan kekalahan kepada pembangkang.

“Soal (kenyataan tidak boleh berjaya), itu politik. Soal saya berhubung dengan dia, itu masih baik. Saya kata dengan dia, kalau kita ada banyak parti, kita lawan sama kita, nanti kita kalah. Orang lain nanti menang, jangan pecahkan undi Melayu, itu saja.

“Kalau awak ambil orang muda, orang tua tinggal sini (Parti Pejuang Tanah Air) siapa nak sokong parti baharu ini? Habislah jadinya bila banyak parti,” katanya.

Advertisement


Pada 24 Ogos lalu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar mengesahkan beliau tidak akan menyertai Pejuang yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir.

Bekas Ketua Armada Bersatu yang sebelum ini menyokong Dr Mahathir itu sebaliknya mengesahkan akan menubuhkan sebuah parti politik baharu berbilang kaum dengan memberi fokus kepada golongan anak muda.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menyifatkan orang Melayu sebagai tidak pandai berpolitik.

“Orang Melayu tidak bijak dalam politik. Dia pegang kuat pada parti, lepas tu kalau dia tak dapat, dia buat satu parti (baharu).

“Dia pecah undi Melayu, bila kita pecah undi Melayu, bukan Melayu menjadi penentu siapa yang akan menang,” katanya.

Advertisement

Menurutnya, penubuhan parti Pejuang bertujuan menyelesaikan masalah orang Melayu selain memberikan perhatian khusus terhadap kaum tersebut.

“Orang Melayu ada banyak masalah yang perlu ditangani. Kalau kita buat satu penyelesaian itu manfaatnya untuk semua kaum, Melayu tak dapat manfaat itu.

“Melayu kena ada special treatment (layanan khas). Saya sudah lama dah, 70 tahun, 80 tahun saya bekerja untuk membantu orang Melayu,” katanya. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel