Connect with us

Pilihan Editor

Parti Baru Syed Saddiq, MUDA Akan Didaftar Hari Ini

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akan mendaftarkan parti baharunya yang dinamakan ‘Muda’ di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini.

Syed Saddiq yang juga Bekas Ketua Armada Nasional Bersatu itu berkata, parti itu akan diterajui sepenuhnya oleh golongan muda dari pelbagai kaum, sesuai dengan perjuangan dan matlamat penubuhannya.



“Ya, saya akan mendaftarkan ‘Muda’ sebagai parti politik di pejabat RoS hari ini. Parti ini akan menjadi organisasi politik pertama melibatkan sepenuhnya golongan belia.

“Semua bangsa dan kaum akan diserapkan dalam parti ini. Tidak kira mereka Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan boleh mendaftar sebagai ahli,” katanya pada wawancara dengan stesen radio BFM 89.9 pagi ini.

Advertisement

Syed Saddiq berharap tidak berlaku sebarang masalah ketika pendaftaran dilakukan dan memberi amaran kepada pihak tertentu bakal menerima kecaman dari anak muda sekiranya ada halangan.

Beliau secara peribadi telah membuat rayuan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin agar mempermudahkan proses kelulusan parti ‘Muda’.


“Saya harap sepanjang proses ini nanti tidak ada apa-apa halangan dan mendapat kelulusan dengan lancar,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar terbabit pernah memberi bayangan akan menubuhkan parti membabitkan penyertaan pelbagai bangsa tetapi memberikan keutamaan kepada orang muda bagi memastikan suara dan kebimbangan golongan itu didengari.

Rentetan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan parti berasaskan orang muda yang digerakkan Syed Saddiq tidak akan berjaya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel