Connect with us

Terkini

PRN Sabah: ‘Pesakit COVID-19 Pun Ada Hak Mengundi’ – Mohd Shafie

BONGAWAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran menyediakan ruang dan prosedur operasi standard (SOP) bagi pesakit COVID-19 mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini.

Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata setiap rakyat berhak mengundi walaupun dalam keadaan kesihatan kurang mengizinkan.


“Mereka (pesakit COVID-19) juga mempunyai hak untuk mengundi. Kalau ada yang terjangkit dan didapati positif, kita minta pihak SPR sediakan ruang serta SOP supaya mereka boleh menunaikan tanggungjawab.

Advertisement

“Tidak bererti kalau mereka positif COVID-19 tidak boleh mengundi. Mana ada dalam Perlembagaan orang tidak boleh mengundi, orang sakit pun boleh mengundi dan bertugas di luar negara pun boleh mengundi secara pos,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di sini, hari ini.


Mohd Shafie turut mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dilaksanakan di kawasan dikuarantin supaya pengundian dapat berlangsung dalam lingkungan terhad dan dikawal.

“Di kawasan ada PKPD secara pentadbiran, mereka boleh berjalan di kawasan yang mempunyai had tertentu.

“Mereka perlu menunaikan tanggungjawab jika hanya kuarantin di rumah dan sebagainya, SPR boleh sediakan tempat,” katanya. – Berita Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel