Connect with us

Pilihan Editor

Body Shaming: Pesuruhjaya Sumpah Tuntut Ganti Rugi Lebih RM2 juta Terhadap Eira Aziera

Mangsa body shaming, Pesuruhjaya Sumpah, Suharnizan Md Sidek dilaporkan akan menuntut ganti rugi lebih RM2 juta dalam tuntutan saman terhadap Noorazira Pissal atau lebih dikenali sebagai Eira Aziera.



Peguam Suharnizan, Mohd Rasheed Hassan berkata, sekiranya tiada respons daripada pihak personaliti media sosial itu (influencer) selepas menerima notis tuntutan sivil yang sudah dihantar dan tempohnya tamat pada 28 September ini, saman sivil akan difailkan.

“Sepatutnya sudah sampai (notis tuntutan sivil kepada Eira Aziera). Eira Aziera tidak berjumpa anak guam saya lagi (Suharnizan), kalau beliau berhajat jumpa anak guam saya, perlulah melalui saya.

Tuntut Ganti Rugi Lebih RM2 Juta

“Saman belum difailkan lagi, jadi jumlah sebenar belum ditentukan. Tapi dalam notis tuntutan, memang dituntut ganti rugi RM2 juta dan terdapat tuntutan lain juga.

“Tuntutan yang akan dibuat di bawah beberapa cabang Tort termasuk saman malu,” kata peguam suharnizan lagi.


Terdahulu, Suharnizan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, susulan video tular isu ‘body shaming’ yang menerusi FB secara langsung dari seorang personaliti media sosial.

Advertisement

Insiden berlaku pada 18 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi, dipercayai bermula apabila dia menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ yang dikongsikan rakannya di FB.

Sumber: Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel