Connect with us

Pilihan Editor

Dr Mahathir Kata Ini Bukan Pertama Kali Anwar Dakwa Ada Sokongan Majoriti

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak yakin dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa memiliki sokongan cukup dari anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.



Bercakap menerusi Zoom di Nutanix’s Asean CIO Virtual Summit, Mahathir mengatakan bahawa Anwar juga pernah membuat dakwaan sama pada 2008 namun tidak menjadi kenyataan, lapor Malaysiakini.

“Kita harus tunggu untuk lihat apakah ini satu lagi episod membuat tuntutan yang tidak dapat dibuktikan,” katanya seperti dipetik portal The Edge Singapura.


Mahathir ditanya mengenai perkara tersebut selepas Anwar membuat sidang media berkenaan dakwaan itu di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur.

Advertisement

Terdahulu menerusi satu sidang media, Anwar mendakwa sudah memiliki sokongan majoriti yang kukuh dan meyakinkan namun enggan mendedahkan jumlah anggota parlimen yang memihak kepadanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel