Connect with us

Terkini

Nor Aqilah Sudah Sedar Daripada Koma, Angguk Kepala Tanda Kenal Keluarga

Bukit Mertajam: Selepas seminggu menerima rawatan akhirnya mangsa terakhir keracunan karbon monoksida, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, dilaporkan sudah sedarkan diri daripada koma.

Difahamkan, alat bantuan pernafasan yang digunakan Nor Aqilah turut dicabut pasukan perubatan apabila pesakit berada dalam keadaan stabil.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa juga dikatakan mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya.

“Alhamdulillah, polis menerima maklumat Nor Aqilah sudah sedar daripada koma dan dia mengangguk kepala tanda mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya,” katanya di sini, hari ini.

Advertisement

Dalam kejadian Rabu minggu lalu, keempat-empat mangsa, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri serta dua beradik kembar Nor Adilah dan Nor Aqilah masing-masing berusia 21 tahun, berhenti rehat hingga tertidur di tempat letak kereta stesen minyak di Sama Gagah sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Bagaimanapun, empat mangsa yang belajar di sebuah kolej kejururawatan dekat Batu Caves ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang bapa mangsa di dalam kereta yang dinaiki mereka akibat terhidu karbon monoksida.


Sharifah Fariesha ditemui maut di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie meninggal dunia dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Tidak lama kemudian, Nor Adilah dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Manakala, kembarnya pula, Nor Aqilah dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur. – Harian Metro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel