Connect with us

Terkini

Permohonan GKP Dibuka Semula: Peluang Kedua Peniaga Mikro Dapat Bantuan

TAWAU – Pembukaan semula permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi peluang kedua kepada peniaga mikro yang tercicir sebelum ini memperoleh bantuan itu.

Nirwana Haris, 37, seorang peniaga makanan di Jalan Puyut, Lahad Datu, yang menyambut baik pengumuman itu berkata sebelum ini namanya tercicir daripada  senarai penerima GPK, namun kali ini beliau boleh membuat permohonan semula.



“Pengumuman perdana menteri sebentar tadi sememangnya memberi kelegaan. Kini saya boleh memohon semula, (permohonan sebelum ini tidak berjaya) mungkin disebabkan dokumen permohonan saya tidak lengkap,” katanya kepada Bernama.

Nirwana yang menjalankan perniagaan nasi ayam sejak 2017 itu berkata pada masa ini beliau mempunyai dua pekerja dan sekiranya permohonan kali ini diluluskan, bantuan itu boleh digunakan untuk menambah modal perniagaannya yang mengalami kerugian ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.

Advertisement

“Bantuan ini tepat pada waktunya, ketika ini  kenaikan mendadak kes positif COVID-19 di Lahad Datu membuatkan tempoh perniagaan dikurangkan sehingga 6 petang sahaja, kalau dulu buka sehingga 12 malam, maka pendapatan akan terjejas,” katanya.


Seorang peniaga cenderamata yang ingin dikenali sebagai Farah, 28, berkata sebelum ini beliau tidak memohon GKS berkenaan kerana tidak mengetahui mengenai kemudahan itu.

Bagaimanapun, beliau yang berniaga di Bangunan Sedco, Kunak, berkata beliau akan membuat permohonan kali ini.

“Bersyukur ada peluang kedua daripada kerajaan. Ia beri kelegaan bagi peniaga kecil seperti saya yang baharu memulakan perniagaan pada awal Februari tahun ini.

“Permulaan perniagaan begitu mencabar kerana tiba-tiba ada PKP akibat COVID-19 ketika perniagaan saya baru mahu menapak,” katanya.

Advertisement

Muhyiddin ketika mengumumkan pembukaan semula pemohonan GKP mulai 1 Okt hingga 31 Okt 2020 berkata kerajaan memperuntukan RM600 juta untuk geran itu dan akan dapat memberi manfaat kepada lebih 200,000 peniaga mikro.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel