Connect with us

Terkini

Dakwaan Anwar Ada Sokongan Majoriti Adalah Tindakan Terdesak – Azmin

KOTA KINABALU – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan telah menyatakan sokongannya terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau berkata ada pihak tertentu yang menyebarkan video lama ucapannya yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Kecil Kimanis pada Januari tahun ini ketika Warisan masih sekutu kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.



“Tentunya (semasa pilihan raya kecil itu) saya berada di Kimanis untuk menyokong calon Warisan dan untuk menyokong parti serta kepimpinan Shafie Apdal.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya video yang ditularkan baru-baru ini kerana ia sebenarnya dirakamkan semasa Pilihan Raya Kecil Kimanis,” katanya kepada pemberita selepas berkempen untuk calon PN di Kg Ketiau di Putatan dekat sini hari ini.

Advertisement

Beliau berkata video lama yang tular beberapa jam sebelum pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, membuktikan Warisan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Walaupun video berkenaan viral, PN mendapat sokongan luar biasa daripada rakyat di seluruh negeri. Saya telah berada di sini, di Sabah sejak dua minggu lepas.

“Saya di Tawau dan Kalabakan semalam dan saya baru pulang ke Kota Kinabalu pagi ini … saya dapat merasakan sokongan sangat besar untuk PN dan sekutunya, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS),” katanya.


Sementara itu, dalam satu kenyataan, Azmin meminta semua pengundi di negeri ini agar memberikan mandat kepada calon-calon PN, BN dan PBS semasa mengundi esok.

“Saya yakin dan percaya rakyat Sabah mendambakan sebuah Kerajaan Negeri yang stabil dan mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

Advertisement

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel