Connect with us

Pilihan Editor

Idris Jusoh Nafi Sokong Anwar

Ahli Parlimen Besut Idris Jusoh menafikan dia adalah salah seorang ahli parlimen BN yang menyokong pembentukan kerajaan baru di bawah Anwar Ibrahim seperti yang tular semalam.

Idris berkata dia tidak pernah dihubungi dan tidak pernah membuat sebarang keputusan menyokong presiden PKR itu.



“Saya menafikan dakwaan satu portal yang meletakkan nama saya sebagai salah seorang ahli parlimen BN yang menyokong Datuk Seri Anwar.

“Saya tidak pernah dihubungi dan tidak pernah membuat sebarang keputusan dalam menyokong Datuk Seri Anwar,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Advertisement


Idris merupakan antara 19 nama ahli parlimen Umno yang tersenarai dalam mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp semalam dan didakwa mereka menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri.

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel