Connect with us

Pilihan Editor

Mohd Shafie Pertahan DUN Senallang Dengan Majoriti Menurun

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dengan majoriti 4,631 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 hari ini.

Namun majoriti berkenaan merosot berbanding 5,909 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.



Pada PRN Sabah kali ini, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu memperoleh 6,363 undi mengalahkan pencabar terdekatnya dan juga anak saudaranya, Norazman Utoh Nain daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 1,732 undi dalam pertandingan lima penjuru.

ss
Calon lain Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) mendapat 61 undi, Madjalis Lais daripada Parti Cinta Sabah (PCS) 51 undi dan calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Datu Pg Ahmad Datu Ali Alam, memperoleh 39 undi.

Advertisement

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel