Connect with us

Terkini

Peralihan Kerajaan: ‘Saya Hampir Masuk Wad!’ – Hadi Dinasihat Dua Kali Masuk Wad Akibat Bekerja Terlalu Keras

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendedahkan dia hampir dimasukkan ke wad kerana terlalu bekerja keras untuk memastikan peralihan kuasa berjalan lancar pada penghujung Februari lalu.

Abdul Hadi yang terlibat secara langsung dalam proses tersebut menyifatkan pertukaran kerajaan ketika itu sebagai pengalaman paling meninggalkan kesan sepanjang 56 tahun penglibatannya dalam politik.



“Saya dan dan rakan-rakan pimpinan politik negara berhempas pulas dalam isu ini sehingga saya tidur tak cukup, sehingga dua kali dinasihatkan untuk masuk hospital.

“Namun kami bekerja dengan penuh semangat hingga berlaku ‘perubahan’ yang sangat menarik (dalam negara), aman, sampai tidak ada satu titik darah pun yang tumpah kerananya,” ujar Abdul Hadi dalam wawancara khas Malaysia Gazette.

Advertisement

Pada 24 Februari lalu, landskap politik negara berubah apabila Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri susulan tindakan sekumpulan pemimpin politik berkumpul di sebuah hotel, yang pada mulanya dikatakan sebagai usaha menghalang jawatan perdana menteri diserahkan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kemudian mengadakan sesi pertemuan secara berseorangan dengan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menilai sokongan dan kepercayaan mereka bagi memilih calon perdana menteri.

Krisis itu berakhir apabila Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai perdana menteri pada 1 Mac dan kerajaan baru yang dikenali sebagai Perikatan Nasional ditubuhkan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, dalam kemelut politik tersebut, tanggungjawab yang dipikul mereka antaranya memastikan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan orang Islam itu sendiri tidak terjejas.

Advertisement

“Akhirnya kita berjaya mewujudkan titik pertemuan bagi mengembalikan kuasa politik orang Melayu, Islam yang adil untuk semua.

“Kita juga berjaya mengajak kaum bukan Islam yang tidak esktrim, yang bencikan huru-hara dan pergaduhan untuk bersama kita sehingga tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional,” katanya. – Malaysiakini³

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel