Connect with us

Terkini

Dikomen ‘Manusia Miskin Tinggal Atas Pokok’, Komen Balas Veveonah Ini Memang “Win”

Sebelum ini Veveonah Mosibin menjadi terkenal selepas kisahnya yang sanggup bermalam seharian di atas pokok untuk menjawab peperiksaan online menjadi tular.

Kisah Veveonah yang juga anak jati Kampung Pitas, Sabah ini turut pernah ‘dibawa’ ke parlimen hingga mencetuskan pelbagai respon berbeza daripada pihak-pihak berautoriti.



Terkini menerusi satu gambar tangkap layar yang dikongsi Viveonah di laman Facebook yang memaparkan satu komen berbaur penghinaan oleh seorang individu tidak dikenali.

Gambar: Veveonah Mosibin

Veveonah menulis hantaran di Facebook berkenaan komen individu itu seperti berikut:-

Saya terbangun dengan notifikasi ini. Tolonglah, hentikan buli siber. Jangan suka menghukum. Jangan menyebarkan kebencian.

Jika kamu kemurungan, cari bantuan daripada seseorang yang kamu percaya, keluarga kamu dan sebagainya. Cuma, jangan menyakiti orang lain.

Selamat pagi!


Perbuatan individu tersebut telah mengundang respon daripada netizen yang berasa tidak senang dengan komen tersebut malah bersimpati dengan Veveonah.

Advertisement

 

Sumber: Veveonah Mosibin

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel