Connect with us

Terkini

“Saya Mohon Maaf…” – Ustaz Ebit Terpaksa Tangguh Bas Percuma Bawa Pulang Pelajar Terkandas Buat Sementara Waktu

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sebentar tadi memohon maaf dan terpaksa menangguhkan sementara waktu khidmat 20 buah bas percuma kepada para pelajar yang terkandas di sebuah universiti, dipercayai sementara menanti kelulusan daripada pihak pentadbiran.

Semalam, beliau ada memuat naik satu perkongsian yang memaklumkan ramai pelajar menghubunginya untuk meminta bantuan bagi membantu pergerakan mereka yang terkandas dipercayai susulan penangguhan pendaftaran ke universiti secara bersemuka yang diumumkan kerajaan sebelum ini, selain pelaksanaan kelas secara online.



Beliau turut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan bas membawa pulang pelajar daripada UPSI ke pantai timur.


Selain itu, beliau turut berjanji untuk mengaturkan bas bagi membantu pelajar-pelajar yang terkandas di universiti-universiti lain.

Advertisement

Turut tular di media sosial hari ini adalah satu kenyataan media yang dimuat naik oleh Majlis Perwakilan Pelajar UPSI.

Melalui kenyataan media berkenaan, MPP UPSI menghargai usaha murni yang dilaksanakan oleh Ustaz Ebit Lew.



Bagaimanapun Ustaz Ebit perlu memastikan segala proses penghantaran pulang pelajar mematuhi SOP yang ditetapkan ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan itu lagi, usaha berkenaan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan universiti terlebih dahulu yang secara langsung mendapat kebenaran daripada KPT dan MKN.

Sumber: Ustaz Ebit LewMPP UPSI, SiakapKeli

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel