Connect with us

Pilihan Editor

Tak Sesuai Buat PRU Dalam Masa Terdekat, kat Rais

Yang Dipertua Dewan Negara Dr Rais Yatim berpandangan adalah tidak sesuai untuk PRU15 diadakan dalam masa terdekat memandangkan negara masih berhadapan dengan wabak Covid-19.

Rais berkata kebimbangan rakyat dengan keadaan semasa penularan Covid-19 dan hal berkaitan ketika ini perlu diambil kira.



“Pilihan raya tak perlu diadakan sebab kita baru sahaja selesai pilihan raya…tetapi kalau tempoh pilihan raya belum habis dua tahun dan kita nak buat lagi, saya fikir itu tidak praktikal dan rakyat ada lunas untuk marah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Permuafakatan dan menerima keahlian baru Bersatu Jelebu hari ini.

Dalam pada itu, dia berkata soal menentukan calon perdana menteri juga tidak sesuai diputuskan ketika ini sebaliknya keutamaan hendaklah ke arah membantu rakyat yang menghadapi kesan penularan Covid-19.

Advertisement

“Jadi kita ketepikan dulu, kita jangan berlumba-lumba ingin mendapatkan tempat sebagai PM, semua parti politik perlu bersatu membantu rakyat…bila wabak ini selesai, saya kira sesiapa pun boleh cuba untuk jadi PM,” katanya.


Terdahulu, Rais, yang juga Ketua Bersatu Bahagian Jelebu, menerima borang keahlian daripada 20 ahli Penggerak Komuniti Negara Jelebu yang diketuai Pengerusinya, Tang Jay Soon yang juga bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Jelebu untuk menyertai bahagian itu.

Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel