Connect with us

Hiburan

730 Akaun Bank Berjumlah RM80 Juta Dibekukan, 19 Individu Disyaki Terlibat Sindiket Cuci Duit Ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyita wang tunai berjumlah RM5 juta dipercayai terbabit dalam sindiket ‘cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis.

Ketua Pesurujayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya turut merampas 23 kenderaan mewah.



“Setakat ini, SPRM sudah membekukan 730 akaun bank membabitkan RM80 juta.

“Sementara, 19 individu yang disyaki terbabit dalam sindiket ini sudah ditahan,” katanya menerusi siaran langsung ‘FB LIVE’ slot SPRM360 bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menerusi MACCfm, seperti dipetik Harian Metro hari ini.

Advertisement

Azam berkata, SPRM juga miliki senarai nama selebriti negara untuk hadir bagi memberi keterangan dan bantu siasatan kes ini.

Media sebelum ini melaporkan taktik perdaya dan menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.


Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri ditahan.

Advertisement

Susulan itu tiga lagi lelaki ditahan kemudian bagi membantu siasatan.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel