Connect with us

Mahkamah

Najib Masih Kuarantin, Bicara Kes Pinda Audit 1MDB Isnin Ditangguh

Perbicaraan kes Najib Razak dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang didakwa meminda laporan akhir audit 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin depan dilapangkan berikutan bekas perdana menteri itu masih menjalani kuarantin di rumah selepas pulang dari Sabah.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata pihak pembelaan telah menulis surat kepada Hakim Mohamed Zaini Mazlan memohon penangguhan selama sehari kerana anak guam mereka masih dalam tempoh kuarantin selama dua minggu yang akan berakhir pada Isnin.



“Mahkamah telah menjawab (surat pihak pembelaan) petang semalam dan membenarkan permohonan mereka. Jadi perbicaraan pada Isnin telah dilapangkan dan akan bersambung pada Selasa dan Rabu depan pukul 2 petang,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Prosiding sebelum ini menyaksikan rakaman audio mesyuarat penyelarasan laporan audit 1MDB pada 24 Feb 2016, yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara Dr Ali Hamsa, diperdengarkan semula dan pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa pendengaran baki rakaman itu kira-kira 30 minit lagi akan disambung pada Isnin.

Advertisement

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB, yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara, sebelum laporan itu ‘sekali lagi dimuktamadkan’ dan dibentang di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.


Najib, 67, didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib membuat pindaan tersebut bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada tertakluk kepada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB pada masa dan di tempat sama mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23(1) dan 24(1) akta sama yang memperuntuk hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Pada 5 Okt lepas, perbicaraan kes Najib membabitkan dana 1MDB ditangguhkan ke 19 Okt kerana dia diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu selepas pulang dari berkempen pada pilihan raya negeri Sabah bulan lepas.

Advertisement

Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel