Connect with us

Terkini

PM: Tutup Sekolah Jika Ada Kes Positif Covid-19

Kerajaan bersetuju supaya Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan menutup sekolah tanpa menunggu penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya ada guru atau murid yang disahkan positif Covid-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana menteri berkata keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan beliau secara sidang video di kediamannya hari ini.



Beliau berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan kes-kes baru Covid-19 di Selangor dan Wilayah Persekutuan, termasuk kes yang melibatkan murid di Sekolah Kebangsaan Bangsar.

Katanya mesyuarat juga memberi tumpuan khusus kepada situasi Covid-19 di Sabah.

Advertisement

“Memandangkan kes-kes di negeri ini masih menunjukkan peningkatan, mesyuarat bersetuju supaya Kementerian Pendidikan meneliti keperluan untuk menutup sekolah-sekolah di seluruh negeri Sabah. Menteri Kanan Pendidikan (Dr Radzi Jidin) akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook rasmi beliau.

Sementara itu, Muhyiddin mahu Jabatan Imigresen mengutamakan pengurusan pendatang tanpa izin di Sabah yang menjadi antara punca merebaknya pandemik Covid-19 di negeri tersebut.


Beliau berkata ini termasuk keperluan meningkatkan kapasiti depot tahanan imigresen bagi menempatkan pendatang tanpa izin yang ditahan dan memastikan semua tahanan tidak terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19.

Selain itu, beliau berkata kapasiti hospital di Sabah dalam merawat pesakit Covid-19 juga dibincangkan, dan mesyuarat bersetuju supaya KKM berbincang dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan bantuan dari segi kemudahan perubatan yang boleh ditawarkan oleh Kor Perubatan ATM.

Muhyiddin berkata mesyuarat itu juga melaporkan perkembangan positif di Kedah.

Advertisement

“Alhamdulillah, mesyuarat hari ini melaporkan kebanyakan kluster di Kedah, termasuk Kluster Sivagangga, Kluster Muda dan Kluster Sanglang tidak lagi mencatatkan kes baru.

“Hanya kluster Bah Sintok dan Tembok merekodkan kes baru namun masih dapat dibendung,” katanya.

Perdana Menteri berkata ini menunjukkan langkah-langkah yang diambil pelbagai agensi untuk membendung penularan pandemik itu di Kedah berkesan.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel