COVID-19: 374 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Lepasi 15,000

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini kekal tiga digit untuk 10 hari berturut-turut dengan 374 kes hari ini, sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan melepasi angka 15,000 kepada 15,096.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga meningkat kepada 4,161 kes, selain terdapat tiga lagi kematian dilaporkan.


Jelasnya, Sabah kekal merekodkan kes baharu tertinggi dengan 277 kes, susulan lebih banyak aktiviti saringan dijalankan terutama di pelbagai daerah yang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan PKPD secara pentadbiran.

“Di Selangor terdapat 44 kes, diikuti Kedah dengan 27 kes yang kesemuanya melibatkan Kluster Tembok, sementara Sarawak (sembilan), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (empat) dan tiga di Pulau Pinang.

Advertisement

“Sementara itu masing-masing dua kes di Johor, Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan, selain satu kes di Melaka dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya dalam sidang media secara maya yang disiarkan di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.


Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu, 372 kes adalah penularan tempatan manakala hanya dua kes import, masing-masing melibatkan warganegara dan rakyat asing yang pulang dari Filipina.

Bagi kes penularan tempatan pula, 343 kes adalah warga tempatan dan 29 kes adalah bukan warganegara.

“Daripada 372 kes penularan dalam negara, 17 kes melibatkan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dengan sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept kini sebanyak 341 kes,” katanya.

Mengenai pertambahan kes kematian hari ini beliau berkata, kesemua kes itu melibatkan warganegara di Sabah, selain menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu kini sebanyak 155.

Advertisement

Beliau berkata, kematian ke-153 adalah lelaki berumur 61 tahun dengan latar belakang penyakit kencing manis dan tuberculosis mata di Hopital Tawau; wanita berusia 54 tahun (kematian ke-154) dengan penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti di Hospital Queen Elizabeth, serta lelaki berumur 51 tahun (kematian ke-155) dengan penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung di Hospital Semporna.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 73 kes pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya kini 10,780 kes atau 71.4 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 73 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

6 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

10 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

15 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago