Connect with us

Terkini

Covid 19: JPN Sabah Tutup Operasi Pejabat Di Zon Merah

KOTA KINABALU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah menutup operasi semua pejabatnya yang terletak di kawasan zon merah mulai 12 Okt ini hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pengarah JPN Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin berkata penutupan operasi itu melibatkan pejabat JPN Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang, Tuaran, Papar dan Inanam, selain JPN cawangan UTC Kota Kinabalu yang telah ditutup lebih awal sebelum ini.



“Penutupan operasi yang turut melibatkan pejabat JPN Beluran dan Kinabatangan susulan penguatkuasaan kawalan rentas daerah yang diperketatkan itu adalah selaras dengan arahan kerajaan dan juga sebagai langkah membendung penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata JPN Sabah hanya akan mengendalikan kes kecemasan yang perlu sahaja bagi kawasan terbabit seperti kes kehilangan kad pengenalan.

Advertisement


Justeru, JPN Sabah menasihati pelanggannya supaya menangguhkan urusan di JPN sekiranya tiada keperluan mendesak dan orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN Sabah di talian 088-488300/301/365 untuk membuat janji temu.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel