Pesara Guru Gemar Kumpul Sampah Didapati Normal & Tiada Masalah Mental

Ujian Saringan Kesihatan Mental (DASS) ke atas seorang pesara guru yang gemar mengutip dan mengumpul sampah di rumahnya Taman Bersatu, Simpang Pulai di Ipoh mendapati wanita itu normal serta tiada masalah mental.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata ujian oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta pagi ini mendapati ‘hobi’ Chung Sook Khuan, 63, itu mungkin disebabkan oleh kebiasaan beliau atau habitual action.


“Beberapa soalan daripada DASS ditanyakan kepada beliau (Chung) dan jawapan yang diberikan adalah normal, menunjukkan beliau (tahap kesihatan mental) seperti manusia biasa (normal) selain dia tiada masalah kesihatan seperti kencing manis atau darah tinggi.

“Habitual action ini menyebabkan beliau apabila bangun sahaja daripada tidur akan keluar mengutip sampah, ” katanya kepada pemberita selepas melawat Chung di rumahnya hari ini.

Advertisement

Menurut Ahmad Saidi, wanita itu yang juga dikenali Cikgu Chung memaklumkan longgokan sampah setinggi kira-kira 1.5 meter di halaman rumah sebelum ini adalah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan beliau tidak dapat menghantar atau menjualnya di pusat kitar semula.

Selain itu, Ahmad Saidi berkata Chung telah bersetuju untuk membenarkan mana-mana pihak berkaitan masuk ke dalam rumahnya bagi tujuan pembersihan namun memerlukan sedikit masa kerana perlu mengasingkan beberapa barangan peribadi terutama yang mempunyai nilai nostalgia.


“Kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melakukan kerja-kerja pembersihan di luar rumah dan PKD juga telah melakukan proses sanitasi untuk pastikan kawasan sekitar bersih serta bebas daripada ancaman nyamuk Aedes,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata pihaknya telah memberikan kauseling sebanyak dua kali kepada Chung pada minggu lepas dan ia akan diteruskan secara berkala.

“Ada perubahan, beliau tidak lagi mengutip sampah dan memunggahnya di rumah, tetapi terus dibawa ke pusat kitar semula berhampiran. Kalau keadaanya semakin baik, kita akan beri kaunseling seminggu sekali atau dua minggu sekali,” katanya yang turut hadir ke rumah Cikgu Chung.

Advertisement

Chung sering dilihat berbasikal hingga lewat malam mengutip sampah dari premis berhampiran dan membawa pulang sampah sejak beberapa tahun lalu, malah sesetengah pihak mendakwa wanita itu terpaksa memanjat longgokan sampah di halaman untuk masuk ke dalam rumahnya.

– Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

13 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

14 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago