Pihak Istana Negara Belanja Pihak Media Makan Sementara Menunggu Ketibaan Anwar Ibrahim

 1,017 total views,  2 views today

Hari in dijangkakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Ramai pengamal media berkampung di depan pintu Istana untuk mendapat perkembangan terkini berkenaan perkara tersebut. Menurut laporan Bernama sebentar tadi, pihak Istana Negara menyampaikan makanan kepada pihak media yang menantikan kehadiran Ketua Pembangkang itu.



Terdahulu Anwar Ibrahim yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat, mendakwa dalam satu sidang media bahawa beliau memiliki majoriti sokongan ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan sekarang yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yasiin.

Sumber: Bernama