Connect with us

Pilihan Editor

‘Ku Li Dipanggil Menghadap Agong Untuk Beri Pandangan’

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen paling lama berkhidmat.

Setiausaha Politik Tengku Razaleigh, Mohd Lokman Ghani berkata pertemuan itu adalah atas perkenan Al-Sultan Abdullah untuk mendapatkan pandangan daripada Tengku Razaleigh mengenai situasi semasa politik negara.



“Semalam Yang di-Pertuan Agong menitahkan Tengku Razaleigh untuk menghadap di Istana Negara kemudian baru beliau pergi (semalam). Perbincangan itu melibatkan empat mata untuk Tengku Razaleigh beri pandangan, sekadar itu sahaja yang saya tahu.

“Tengku Razaleigh dipanggil menghadap atas kapasiti individu yang paling berpengalaman, paling matang, lama dalam politik dan individu yang pernah bekerja dengan semua perdana menteri,” katanya kepada Bernama.

Advertisement

Mohd Lokman turut menjelaskan pertemuan itu tidak ada kena mengena dengan kedudukan Tengku Razaleigh, 83, sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Umno mahupun sebagai wakil parti itu.


Semalam, kenderaan yang membawa Tengku Razaleigh, dilihat keluar dari Pintu Dua Istana Negara, pada 2.40 petang selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Al-Sultan Abdullah pada sebelah pagi.

Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk menyembah maklum kepada Seri Paduka bahawa beliau mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel