Connect with us

Pilihan Editor

Tun Mahathir Nafi Sokong ‘Si Polan-Si Polan’ Jadi PM

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau pernah memberi sokongan kepada individu tertentu untuk menjadi Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang baharu diasaskannya adalah bebas dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti atau individu tertentu.



“Saya diberitahu bahawa kononnya saya menyokong seseorang daripada calon yang ingin menjadi Perdana Menteri, saya ingin nyatakan bahawa saya tidak pernah memberi sokongan kepada sesiapa pun untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya sendiri berada dalam parti baharu iaitu PEJUANG dan parti ini bebas serta tiada kaitan dengan mana-mana parti atau individu yang ada cita-cita untuk mendapat sesuatu jawatan.

Advertisement


“Saya berharap tiada lagi percubaan mengatakan kononnya saya menyokong ‘si polan’. Tiada sokongan, terima kasih,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook rasminya. – Berita Harian

Video: Tun Dr Mahathir Nafi Sokong ‘Si Polan’ Jadi PM

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel