Connect with us

Terkini

Pemuda Negara Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Lokman, Anwar

KUANTAN – Badan bukan kerajaan Pemuda Negara Pahang hari ini membuat laporan polis mendesak agar tindakan diambil terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Ketua Pemuda Negara Parlimen Paya Besar Muhammad Danial Abu Bakar mendakwa Lokman telah menghina Al-Sultan Abdullah menerusi klip video berdurasi 27 minit 8 saat yang tular di laman sosial sejak Sabtu lepas berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

“Kenyataan Lokman mengaitkan Seri Paduka dengan penggunaan kata yang tidak wajar dalam video itu adalah satu penghinaan kerana Yang di-Pertuan Agong adalah pemimpin tertinggi negara dan semua rakyat Malaysia melihat proses panjang yang dilakukan Seri Paduka sebelum melantik Muhyiddin.


“Kami mohon Polis Diraja Malaysia menyiasat penghinaan yang dilakukan Lokman supaya perbuatan serupa tidak dilakukan pihak lain pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini.

Advertisement

Muhammad Danial berkata mereka turut membuat laporan polis terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berpandangan tindakan beliau menghadap Seri Paduka di Istana Negara semalam, atas alasan mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri, boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

“Anwar dilihat sengaja ingin menghuru-harakan situasi dengan berbuat demikian semasa negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19. Laporan ini dibuat bagi polis mengambil tindakan susulan terhadap tindakan beliau yang boleh mengganggu-gugat keamanan negara,” katanya.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel