Sebabkan Kematian Aggota TLDM, Pemandu Wanita Dijatuhi Hukuman Penjara 6 Tahun Dan Denda RM8,000 Selepas Mengaku Bersalah

 454 total views,  5 views today

Seorang pemandu wanita terbabit kemalangan hingga sebabkan kematian anggota TLDM Sabtu lalu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM8,000 setelah mengaku bersalah.

Wanita berusia 23 tahun itu yang tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru pagi tadi dilihat menaiki kerusi roda dibantu polis trafik.



Sebelum ini, tular video menerusi rakaman kamera perakam video berdurasi 37 saat memaparkan berlaku insiden kereta Honda Accord berwarna putih terbalik selepas dilanggar oleh sebuah Perodua Myvi dalam kejadian berhampiran dengan lampu isyarat.