Connect with us

Terkini

Kalau Tak Minta Maaf, Carilah Di Padang Mahsyar, Kata Najib kepada Mahathir

Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan jelas mengatakan beliau tidak akan memaafkan Datuk Seri Najib Razak namun Ahli Parlimen Pekan itu berjiwa besar dengan menyatakan kesediaan memaafkannya.


Menurut Najib, ajaran agama Islam yang dianutinya menggalakkan setiap insan untuk saling memaafkan antara satu sama lain.

Dengan itu, memaafkan Mahathir bukan sesuatu yang mustahil baginya, meskipun pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepada beliau dan keluarga oleh Ahli Parlimen Langkawi itu sejak beberapa tahun lalu.

Advertisement

“Pada amalan agama saya, memaafkan itu adalah tuntutan agama. Malah Allah SWT sendiri Maha Pengampun dan ada banyak ayat-ayat al-Quran yang bercerita mengenai perkara ini.


“Jadi kalau Tun ada buat salah atau berdosa dengan saya, jika beliau minta maaf maka berpandukan agama Islam, saya sedia memaafkan beliau.

“Jika beliau (Mahathir) enggan meminta maaf, carilah saya di Padang Mahsyar nanti,” katanya dalam wawancara dengan Malaysia Gazette.

Mahathir sebelum dalam sesi temubual bersama OwhMG memberitahu beliau tidak akan memaafkan Najib sampai bila-bila la kerana menurut beliau, Najib telah menghancurkan UMNO.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel