Pengurusan Kes Lucut Harta Najib, Rosmah 25 November

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi mengenai status pemeriksaan barang kemas yang disita polis daripada premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd dalam kes lucut hak harta melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada bulan depan.


Barangan yang didakwa hasil aktiviti haram yang dikaitkan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin ketika dihubungi Bernama menerusi aplikasi Whatsapp hari ini berkata pihak pendakwaan sepatutnya memaklumkan kepada mahkamah mengenai status pemeriksaan barang kemas itu hari ini yang ditetapkan untuk pengurusan kes.

“Namun, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)  oleh kerajaan, pengurusan kes itu ditetapkan pada 25 Nov ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin,” katanya dan turut memberitahu bahawa pengurusan kes hari ini dilapangkan.

Advertisement

Mac lepas, hakim itu membenarkan permohonan Najib dan Rosmah untuk memeriksa  barang kemas yang dirampas oleh pihak berkuasa dan disimpan di Bank Negara Malaysia (BNM).

Selepas prosiding pada 27 Julai lepas, pihak pendakwaan memberitahu media bahawa bekas perdana menteri itu dan isterinya telah memeriksa 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang disita polis dari premis milik Obyu Holdings di Pavilion Residences, pada Mei 2018.

Pada prosiding di hadapan Hakim  Muhammad Jamil pada 27 Julai itu, pendakwaan memaklumkan bahawa Najib dan Rosmah telah memeriksa barangan berharga berkenaan pada 25 Julai lepas kecuali barang kemas kerana tukang emas warga Lubnan dari Global Royalty Trading SAL, masih tidak dibenarkan memasuki negara ini berikutan sempadan negara  ditutup ekoran wabak COVID-19.

Global Royalty juga akan memeriksa barang kemas tersebut.

Advertisement

Pihak pendakwaan memfailkan permohonan untuk melucut hak aset yang dikatakan bernilai RM680 juta yang disita dari premis milik Obyu Holdings yang dimiliki Tan Sri Bustari Yusof.

Najib, Rosmah, UMNO dan Global Royalty merupakan pihak ketiga dalam permohonan lucut hak itu.

Dalam notis usul yang difailkan terhadap Obyu Holdings, kerajaan antara lain menyita sejumlah 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 unit aksesori jam tangan, 234 unit cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Pihak pendakwaan memfailkan permohonan lucut hak harta Obyu Holdings mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

— BERNAMA

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

10 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

13 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

19 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago