Connect with us

Mahkamah

Pendengaran Pendakwaan Untuk Lucut Hak RM677,872.55 Milik UMNO Johor 24 Nov

KUALA LUMPUR – Permohonan pihak pendakwaan bagi melucut hak wang RM677,872.55 milik Badan Perhubungan UMNO Johor (UMNO Johor), akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Nov depan.

Peguam Syahrul Syazwan Salehin yang mewakili UMNO Johor berkata, permohonan itu sepatutnya didengar hari ini di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, tetapi dilapangkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang berkuat kuasa 14 Okt sehingga 27 Okt ini.



“Pendengaran (permohonan) ditetapkan pada 24 Nov 2020,” katanya menerusi Whatsapp kepada Bernama.

Wang yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada badan parti politik tersebut, didakwa berkaitan dengan skandal penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Advertisement

Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwaan selaku pemohon terhadap UMNO Johor, yang dinamakan sebagai responden mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.


Sebelum ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata agensi itu telah memfailkan permohonan tersebut terhadap 41 responden untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB yang SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel