Connect with us

Terkini

Covid-19: PM Tiba Untuk Mengadap Agong Di Kuantan, Spekulasi Pengisytiharan Darurat Semakin Memuncak

Kuantan: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz, di sini, bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Muhyiddin yang sebelum ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya tiba jam 4.40 petang, lapor Harian Metro.



Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang antara yang turut kelihatan memasuki istana.

Wakil media sudah berkumpul di pintu masuk utama istana sejak jam 3 petang selepas timbul spekulasi Muhyiddin akan mengadap Yang di-Pertuan Agong di sini.

Advertisement

Spekulasi mengenai Perdana Menteri akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan Darurat Politik kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang bertiup kencang selepas berakhirnya mesyuarat khas Kabinet.


Namun sehingga beberapa menteri yang dihubungi enggan membuka mulut mengenai perkara itu.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel