Connect with us

Terkini

Agong Berkenan Adakan Rundingan Dengan Raja-Raja Melayu Untuk Bincang Cadangan Muhyiddin

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat, bagi membincang dan memperhalusi cadangan dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata rundingan itu susulan pertemuan baginda dengan Perdana Menteri di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang, jam 5 petang semalam.



Katanya, Al-Sultan Abdullah menasihatkan seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi sutuasi terkini ini, sementara menunggu keputusan mengenai cadangan tersebut.

“Seluruh rakyat dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan serta menggugatkan ketenteraman negara yang kita cintai bersama ini,” katanya menerusi kenyataan rasmi Istana Negara kepada media, hari ini.

Advertisement

Menurut Ahmad Fadil, baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Abdul Aziz, Kuantan pada jam 5 petang semalam.

Kata beliau, sesi menghadap itu telah dimohon oleh Perdana Menteri susulan daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang telah dipengerusikannya di Putrajaya pada pagi semalam.

“Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang satu setengah jam ini, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima sembah taklimat cadangan yang telah dicapai oleh Mesyuarat Khas Jemaah Menteri tersebut untuk pertimbangan dan ampun perkenan Seri Paduka Baginda untuk pelaksanaannya.

“Adalah dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak Covid-19.


“Malah, Seri Paduka Baginda turut amat prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat  berikutan daripada perkembangan terkini ini,” katanya.

Advertisement

Justeru, katanya, susulan dari sesi menghadap itu, Al-Sultan Abdullah telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan yang telah dikemukakan oleh Muhyiddin.

Mengenai kenaikan mendadak kes positif harian Covid-19 dan kewujudan beberapa kluster baharu yang berterusan di negara ini, Al-Sultan Abdullah mengulangi titah nasihat baginda kepada rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara amalan kebiasaan baharu dalam membantu pihak berkuasa memerangi wabak itu demi keselamatan diri serta masyarakat.

“Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama baginda berdoa semoga Malaysia sentiasa dirahmati dan dilindungi dari segala bentuk ancaman serta penularan Covid-19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera,” katanya.

Terdahulu Bernama melaporkan, Muhyidddin tiba di Istana Abdul Aziz di Kuantan, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki pagar Istana Abdul Aziz pada kira-kira 4.40 petang, diiringi pasukan keselamatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan negeri Pahang.

Advertisement

Turut kelihatan memasuki Istana Abdul Aziz ialah kenderaan rasmi Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Affendi Buang.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel